more and more promotions!

Kami menjual bag pelbagai brand gred AAA seperti PORTER, HERMES, OUTDOOR, X-LARGE, SUPREME. dengan harga yang berpatutan. berminat? sila tinggalkan komen anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.tq=)

please click to get free further informations

More informations

 Penolong Pegawai Tadbir – Tugas dan Info Temuduga



Pada 2011, statistik menunjukkkan..
-          62, 028 pemohon
-          4,028 yang dipanggil temuduga
-          100 kekosongan jawatan
-          300 calon simpanan
Wow, ramai juga yang dipanggil temuduga pada 25/5/2011 – 23/6/2011 ini. Seramai 4028 calon di seluruh Malaysia.
Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka yang dipanggil menghadiri temuduga ini. Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini. Mungkin sedikit membantu.
Untuk calon yang bakal menghadirinya, apa yang perlu diFOKUSkan adalah:
  • Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
  • Gred jawatan, gaji, kementerian
  • Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dll (dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)
Untuk makluman, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir info ringkas di bawah bleh dirujuk:
Jenis Kumpulan: Sokongan (pembantu kepada pegawai)
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Pertahanan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
Syarat Lantikan:
STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau
Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau
Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan
kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a)         i.          mempunyai kelayakan di atas; atau
ii.          lulus Peperiksaan Khas; dan
b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
Kerrja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (planning, organizing, controlling and leading)
Itu maklumat yang dirujuk dari laman web SPA…
Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir seperti yang tertera di bawah:
Pengurusan
  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan
Aspek Pentadbiran Pejabat
  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan
Hal-Hal Kewangan
  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..
Hal Teknologi Maklumat
i)              Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll
ii)             Penggunaan internet
iii)            Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan
Itulah antara yang berkaitan dengan tugas penolong pegawai tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.
i)              Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll
ii)             Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan
iii)            Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak
iv)           Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain
v)            Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab
vi)           Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan
vii)          Dll
Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir yang bakal anda hadiri.
Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.
Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:
  1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga. Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
  2. Cuba tanya rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
  3. Cuba search di google berkenaan jawatan tersebut.
  4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
  5. Berbincang di ruangan komen di post ini
Bahan rujukan yang boleh dirujuk
Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam
i.          Arahan Keselamatan
ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan
v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan


Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
i.           PKPA Bil. 4/91
Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

ii.          PKPA Bil. 6/91
Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

iii.         PKPA Bil. 7/91
Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
iv.         PKPA Bil. 8/91
Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

v.         PKPA Bil. 1/92
Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam
vi.         PKPA Bil. 4/92
Pengendalian Pengaduan Awam

vii.        PKPA Bil. 3/93
Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

viii.       PKPA Bil. 2/96
Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam
ix.         PKPA Bil. 1/97
Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan
xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa
Penolong pegawai tadbir, satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada 2011 ini. Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Penolong Pegawai Tadbir ini adalah dari mereka yang berkelayakan diploma/STPM. Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini.

































































Latihan Separa Perubatan: Peperiksaan dan Temuduga



click the image above if want to be a millionaire

Latihan Separa Perubatan, antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak SPA bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).
Anda terlibat? Terlibat atau tidak, jika nak baca boleh terus baca.
Setiap tahun, pengambilan adalah ramai dan ianya diambil 2 kali dalam setahun. Iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.
Latihan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada orang ramai bagi sesi pengambilan Julai 2011.
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Sebanyak 1688 (Julai 2011) kekosongan akan diisikan oleh calon yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.
Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian
Biasiswa semasa Latihan
  • Biasiswa Bulanan (Program bertaraf diploma ) RM 621.21
  • Elaun buku (setiap tahun ) RM 250.00
  • Elaun alat perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
  • Elaun kertas projek (setiap tahun) RM90.00
  • Penginapan dan pakaian seragam di sediakan
Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Untuk melayakkan calon berjaya mendapat latihan separa perubatan ini, ada 2 sessi penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan kedua, sessi temuduga “face to face”.

PANDUAN PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN GRED 29
ARAHAN KEPADA CALON
1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa perkara berikut :
i. Surat Panggilan menduduki peperiksaan;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Alat tulis; pensil 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;
2. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3. Calon mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
6. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
7. Calon mesti mengenal pasti tempat pusat peperiksaan dijalankan.
8.  Calon wajib berpakaian kemas dan sopan.

PANDUAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mengandungi satu (1)  bahagian iaitu:
BAHAGIAN I – PSIKOLOGI
Seksyen A – Sahsiah Diri
Ujian sahsiah bertujuan menilai sahsiah atau personaliti calon dalam proses pengambilan pelatih
separa perubatan.  Ia dibangunkan untuk menilai beberapa  gagasan personaliti untuk jawatan-jawatan separa perubatan.
Masa – 40 minit
Bilangan Soalan – 139
Seksyen B – Minat
Dalam seksyen ini dua (2) pilihan jawapan disediakan. Calon hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan minat.
Masa – 20 minit
Bilangan Soalan – 227
So, jawab la exam tu betul-betul ye. Jawab dengan membayangkan  anda adalah salah seorang yang sedang berkhidmat dalam bidang tersebut. Ini akan menentukan anda minat atau tidak, sesuai atau tidak dengan latihan yang bakal diberikan nanti. Jika anda minat, insyallah anda akan berjaya dalam peperiksaan bertulis ini.
SESSI TEMUDUGA


Biasalah, sessi temuduga. Anda perlu berpakaian kemas yang bersesuaian. Bertali leher buat  calon lelaki, dan berpakaian sopan buat wanita. Dan antara paling penting, kemahiran berkomunikasi antara yang menjadi ‘sasaran’ oleh panel pemilihan.
Bagaimana nak berpakaian untuk temuduga ini? Rujuk di bawah:
http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga
Persiapan dokumen yang nak dibawa? Rujuk di bawah:
http://www.spa.gov.my/Portal/Hadir_Temu_Duga
Bagaimana nak buat persiapan sekiranya dipanggil ke temuduga ini?
Anda boleh STUDY berkenaan topik-topik ini:
  • Bidang tugas jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga
Anda boleh rujuk di sini:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan
  • Bidang-bidang yang tergolong dalam jawatan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga
  • Visi, Misi dan Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM)
Rujuk sini http://moh.gov.my/
  • Menteri Kesihatan dan juga organisasinya (timbalan menteri sudah memadai)
Rujuk sini http://moh.gov.my/
  • Dimana Kolej latihan
  • Isu – isu semasa yang melibatkan kesihatan. Contohnya yang terbaru – isu loji nuclear di Fujushima, Jepun.
Juga boleh layari- http://www.infosihat.gov.my/
Dan juga soalan-soalan standard dari SPA seperti CONTOH di bawah:
  1. Perkenalkan diri, pengalaman, kelayakan
  2. Bekenaan Malaysia – 1 Malaysia, Perlembagaan, RUkun Negara dll
  3. Apa PLAN akan datang anda
  4. Indek KPI
  5. Isu semasa – sukan, politik, ekonomi dll
  6. Soalan-soalan menguji kebolehan, kejujuran dan akhlak
  7. Itu sahaja, semoga dapat memberi sedikit sebanyak maklumat pada anda semua..terima kasih kerana membaca.

1 comment:

Anonymous said...

Dari mana and adapat statistik gred n27 ?